yo!! apa di atas.. apa di atas.. wahai manusia manusia biasa di luar sana..! buat pertama kalinya dalam 3 tahun, masukan evilgeniusmind kali ini adalah dalam bahasa malaysia.. bukan dalam bahasa inggeris.. ya, Bahasa Malaysia.. ramai yang bertanya kenapa aku tak menulis dalam bahasa malaysia.. kenapa? kenapa? kenapa? baiklah.. memandangkan aku adalah seorang yg berintelektual tinggi berbanding kamu semua dan aku tidak mahu kamu semua berada dalam keadaan misteri, aku akan jawab persoalan itu tapi.. dengan soalan juga.. Kenapa kau sebok sangat?! muahahahhahaha..
Sukati akulah nak menulis dalam bahasa apa sekalipun.. Walaupun aku seorang yg genius, aku sangat benci menulis dalam bahasa ibunda. Kalao kau tak faham, pergi la belajar bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai bahasa antarabangsa.. bukan masalah aku kalau kau tak faham.. bahasa inggeris juga lebih mudah untuk aku meluahkan cerita cerita menarik dan kata kata kesat.. walaubagaimanapun, aku rasa tidak adil jika aku tidak cuba menulis dalam bahasa kebangsaan lantas aku terpaksa buat sesuatu.. maka inilah hasilnya.. haha..
Seringkali juga aku ditanya, kenapa sejak kebelakangan ini, masukan dalam blog semakin berkurangan dan hanya dipenuhi dengan gambar gambar sahaja. Takkan kau tak faham faham lagi. Mula mula komplen kenapa aku tulis dalam bahasa inggeris.. tapi bila aku kurangkan tulisan dan penuhkan blog dengan gambar agar apa yang ingin ku sampaikan lebih senang kau fahami, kau pulak bising.. kenapa? kenapa? kenapa?
muahahahahahaa...
dua hari lepas aku ke Singapura bersama beberapa rakan.. setelah penat berjalan, kami berehat di kaki lima Orchard Road sambil memerhati dan memantau gadis gadis iblis yg cantik berkeliaran di sekitar situ.. foooohhhh.. cantik cantik.. haha.. hampir 2 jam juga kami duduk di bangku, mendengar persembahan secara langsung sebuah kumpulan orkes rock dari sekolah muzik tempatan sambil mencuci mata.. hahaha.. sebagai ayat kaver, aku sebenarnya lebih tertarik dengan kehebatan pemain dram kumpulan tersebut bermain dram dengan penuh bertenaga dan perasaan berbanding memantau gadis gadis iblis di situ..
minggu ini juga sekolah bermula.. dan kini kembalilah keadaan seperti neraka pada waktu pagi dan petang.. benci benci benci..! kenapalah tak nak cuti lama lama.. tak pun wajibkan semua pelajar duduk asrama.. tak payah ulang alik balik rumah, pergi sekolah, hari hari.. konek la.. terpaksalah aku keluar lebih awal ke tempat kerja.. dan pada waktu balik pula, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yg meragut masa masa emas dari diriku yang amat mementingkan masa.. aku juga tak tahan perhatian orang ramai terhadap diriku yang seksi.. ini menyukarkanku menggali lombong emas dengan penuh konsentrasi dan fokus.. selain itu, aku juga suka menyanyi seorang diri dengan penuh perasaan sambil diiringi lagu lagu dari radio atau cakera padat.. bila banyak mata mata memandang, aku akan secara automatiknya memeriksa zip seluar dan kelengkang seluar takut ada koyak.. walaupun aku berada dalam kereta.. aiihhh.. bukan ku pinta untuk dilahirkan genius dan seksi.. tapi aku tetap bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada ku..
baaaaaahhhhhh.... sekali lagi ingin ku tekankan bahawa, aku sangat benci menaip dalam bahasa ibunda.. lihatlah hasil di atas.. macam kartun.. aku yakin ini adalah permulaan yang baik dan akan diperbaiki lagi dalam masukan bahasa malaysia yang akan datang.. sekian..
ohh.. lupa plak.. pada sesiapa yang nak beli keropok lekor frozen a.k.a keropok nafsu, silalah kontek beta.. jangan segan segan.. murah je.. RM 7 satu pek..